Monday 7 May 2012

Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara


Perjanjian 20 Perkara Sabah 1
Perjanjian 20 Perkara Sabah
Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara,
mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan
Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan
perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima
secara lisan sahaja.
Perjanjian berkenaan dengan Malaysia
Senarai perkara
Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama
kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan
diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama
Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus
digunakan di Borneo Utara.
Perkara 2: Bahasa
• Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan
• Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh
sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
• Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo
Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan,
tanpa had masa.
Perkara 3: Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan
tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan
sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang
berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat
diperlukan.
Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu Raya".
Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa
kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika
ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya
mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan
Perjanjian 20 Perkara Sabah 2
Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya
diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka
dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak
kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
• Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
• Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10
tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
• Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa
seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada
bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo
Utara.
Perkara 13: Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai
suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perjanjian 20 Perkara Sabah 3
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara
mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran
Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah
kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara.
Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan
keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Yang Di Pertua Negara.
Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo
Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

Rujukan
[1] "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (http:/ / untreaty. un. org/ unts/ 1_60000/ 21/ 36/ 00041791. pdf) (PDF). United Nations Treaty
Collection. PBB. Julai 1963. . Capaian 2010-09-22.
Sumber dan Penyumbang Rencana 4
Sumber dan Penyumbang Rencana
Perjanjian 20 Perkara Sabah Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=2051395 Penyumbang: 7even, Aurora, Kurniasan, Smim90, Yosri, 4 suntingan oleh tanpa nama
Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej
Fail:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Agreement_relating_to_Malaysia_(1963)_Malay_Texts.djvu Lesen:
Public Domain Penyumbang: Governments of the and and and and
Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
//creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/

No comments:

Post a Comment