Banyak sebab kenapa kita berpecah dari segi politik dan mundur dari
segi ekonomi. Halangan-halangan yang jelas ialah; perbezaan pendapat,
kurang kemahiran, iri-hati, penting diri sendiri, sementara ada juga
yang tertanam dalam diri kita sendiri- sikap negatif sepert;
curiga-mencuriga, berdendam, asuhan budaya dan sebagainya.
KURANG KONSENSUS DAN TIADA WAWASAN BERSAMA
Perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin kita sebenarnya merupakan salah satu sebab yang utama menyebabkan wujudnya keadaan kita sekarang. Disebabkan oleh ketidak-sefahaman, kita tidak dapat menghasilkan satu wawasan bersama. Sebab-sebab mengapa wujudnya masalah kita sekarang inipun kita tidak bersetuju; apatah lagi dengan visi bersama! Tetapi, pemimpin-pemimpin masyarakat KDM selalu bercakap tentang perkara-perkara yang sama - tanggungjawab bersama, perlunya perpaduan dan kemajuan. Apa sebenarnya yang menyebabkan kita tidak boleh bersetuju - apakah faktor-faktor yang memecah-belahkan kita? Agak banyak...
a) Penting diri sendiri
Sifat terlalu menjaga "kepentingan diri sendiri" di dalam hati setiap insan bergelar pemimpin, seringkali menimbulkan ketidak-setujuan dan pertengkaran. Apabila sikap penting diri sendiri terus berlaku mengatasi kepentingan bersama, maka pendapat seringkkali disampaikan dalam bentuk dan kelakuan yang menuju dan melindungi kepentingan individu sahaja. Kepentingan komuniti dan masyarakat seluruhnya diketepikan. Justeru itu, komuniti kerugian. Hanya orang yang kuat akan selamat dan maju. Rakyat biasa senantiasa diabaikan.
b) Ego dan Kemegahan Mungkin tiada siapa yang mengakui tetapi ego sebenarnya merupakan musuh dalaman yang tergagah. Para pemimpin seringkali berbangga di dalam diri sendiri, oleh itu mereka mahu dihormati lebih daripada pemimpin yang lain. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai tahap kemegahan yang kuat atau tinggi berkecenderungan merasa tidak selamat dan sentiasa mengharapkan agar pendapatnya diterima lebih daripada pendapat orang lain. Ia selalu memikirkan bahawa dialah yang selalu betul.
Pemimpin yang egoistik melemahkan semangat orang lain daripada memberi sumbangan. Pemimpin yang bermasalah keegoan yang tinggi hanya menghormati diri mereka sendiri. Mereka selalu enggan melihat mahupun menerima pendapat atau pandangan orang lain. Kebanggan dan kemegahan telah merenggang dan memisahkan perhubungan di kalangan para pemimpin. Jadi, daripada sepatutnya mereka berkumpul dan membincang dengan penuh bersemangat tentang-masalah bersama, mereka sebaliknya menjauhkan diri di antara satu dengan lain dan bercakap dari jauh pula.
c) Kurang Perhubungan Perkara ini adalah faktor lain. Kita kurang membuat perbincangan untuk menjelaskan masalah dan kebimbangan bersama. Kita menjauhkan diri. Biasanya keadaan inilah akibat daripada masalah -masalah yang lampau atau pengalaman yang tidak baik.
MEMIKIRKAN KESILAPAN-KESILAPAN YANG LAMPAU
Kita kerapkali terlalu memikirkan perkara yang lampau. Kita cenderung menyalahkan orang lain keaatas keadaan kita. Kita seringkali menoleh ke belakang dan menghayal atau memikirkan detik-detik kegemilangan kaum kita di masa lampau tetapi kita tidak menggunakan tenaga untuk membuat sesuatu tindakan positif bagi masa depan. Kita terlalu banyak menyimpan perasaan dendam di dalam diri kita. Sikap inilah yang menghalang kita daripada mendapatkan cara pemikiran dan tingkah laku yang diharapkan. Inilah di antara faktor pencetus keadaan kita pada masa ini.
IRI HATI DAN MENTALITI KETAM
Masyarakat KDM berkecenderungan untuk merasa cemburu akan kejayaan bangsa sendiri. Walaupun hasrat kita masing-masing ialah ingin berjaya, namun pada masa yang sama kita irihati dan seringkali memperkatakan perkara yang tidak baik terhadap rakan-rakan sebangsa yang agak berjaya daripada diri kita sendiri. Sebenarnya, samaada anda percaya atau tidak, orang kita begitu seronok sekali apabila melihat kejatuhan orang kita sendiri, terutama sekali para pemimpin kita, dengan mengatakan "kotoh", "kuroh", "itulah", 'kioh", "ino no konogi", untuk mengutuk kejatuhan pemimpin-pemimpin masyarakat kita.
Seringkali, mereka melakukan lebih daripada ungkapan kata-kata kutukan; mereka sering melakukan perbuatan yang menjatuhkan sesama sendiri umpama ketam yang menarik turun ketam yang lain yang cuba melepaskan diri keluar dari dalam bakul. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Kita sepatutnya mengubah "Mentaliti Ketam" ke "Mentaliti Kilau/Semut"
TERLALU SENSITIF DAN EMOSIONAL
Perkara ini juga merupakan masalah kita. Masyarakat KDM adalah insan amat peramah, baik hati dan mudah tersentuh tetapi sifat itu membuatkan orang-orang kita terlalu emosional. Sifat terlalu sensitif dan emosional membuatkan kita bertindak balas terhadap rangsangan luar secara membabi buta dan terlalu mengikut perasaan.
Kita selalu menyimpan perasaan geram dan itu menyebabkan kita mudah tersinggung lalu merajuk(mengaus/kumaus) dan dalam keadaan itu kita tidak dapat bertindak secara objektif. Kadangkala kita terlalu takut menyinggung perasaan orang lain sehingga kita tidak berani menyuarakan kepincangan-kepincangan masyarakat orang lain kerana hendak menjaga hati mereka. Ketika berhadapan dengan masalah atau dilema, kita selalunya di pihak yang rugi kerana kita terlalu membiarkan orang lain membuat kata putus.
FAKTOR BUDAYA DAN AMALAN TRADISI
Amalan budaya kita juga merupakan faktor kemunduran dan kemiskinan kaum kita. Misalnya; budaya meminum minuman beralkohol, bermabuk-mabukan apa bila dilakukan secara berlebih-lebihan, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang kita, adalah budaya yang membuang masa, melemahkan badan dan selalu melambatkan keupayaan mental kita.
Amalan hidup tradisional seperti hasrat dan matlamat pengeluaran, yang hanya bersifat "cukup makan" atau untuk keseronokan, dan tidak mengambilkira konsep menabung dan pelaburan, merugikan kita dari segi komersial dan ekonomi.
Keadaan yang sama juga timbul daripada proses pengeluaran yang mana kos marginal tidak ada. Sebaliknya, kos keseluruhan dan penyertaan maksimum dianggap sebagai faktor yang paling penting. Di dalam keadaan-keadaan seperti ini, masyarakat KDM tidak kehilangan daya saing dari segi ekonomi.
KEKURANGAN INSTITUSI DAN KEPIMPINAN YANG PROGRESIF
Satu lagi faktor ynag penting ialah kekurangan institusi dan kepimpinan yang progresif. Dari dahulu sehingga sekarang, masyarakat KDM hanya berminat untuk menjadi ahli-ahli politik, peniaga-peniaga kecil dan kakitangan kerajaan. Mereka berbuat demikian tanpa sokongan mana-mana institusi. Institusi yang mereka ketahui hanyalah parti-parti politik, persatuan-persatuan (atau persatuan kebudayaan) atau agensi-agensi kerajaan. Oleh sebab itu, mereka mengetahui bagaimana menyatu-padu dan bersatu-padu di antara mereka tetapi kekurangan sokongan institutional tentang bagaimana membawa perubahan dan perkembangan positif.
Pembentukan institusi terutamma sekali institusi yang progresif adalah satu keperluan asas untuk kemajuan dan pembangunan, kerana tanpa institusi berkenaan kita tidak dapat pergi jauh.
Kita perlukan penyelidikan dan analisis tentang keadaan dan masalah, kita juga perlukan jentera untuk menjana dan melaksnakan segala idea-idea. Kita juga memerlukan institusi latihan dan pembelajaran.
Selain dari itu, kita juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang berpandangan jauh dan bukannya pemimpin yang masih bertaut kepada mimpi indah masa lampau apatah lagi mereka yang hanya menghabiskan tenaga dan sumber-sumber untuk menyalahkan dan mencari jalan menghukum atau mencela pemimpin-pemimpin yang lain. Kepimpinan secara mencela dan menghukum bukan cara penyelesaian mahupun cara menangani masalah kita.
Institusi-institusi dan pemimpin-pemimpin progresif adalah wajib sekiranya kita ingin maju. Hanya sedikit hahaja institusi yang ada hubung kait dengan KDM pada masa ini. KDI, Yayasan Murut(tidak aktif), Yayasan Pembangunan Insan(PDF), PACOS, INDEP, KCCI, dan sebilangan kecil organisasi komersial atau korporat yang dimiliki dan dijalankan oleh personaliti KDM.
Malangnya, institusi-institusi seumpama itu seringkali disalahtafsirkan dan tidak mendapat sokongan yang padu dari masyarakat kerana sikap cemburu dan mentaliti ketam, seperti kita jelaskan sebelum ini. SIKAP Masyarakat KDM menderita daripada masalah sikap. Sikap negatif "tidak apa", "tunggu dan lihat", berlengah-lengah dan sebagainya. Ilustrasi kartun yang menunjukkan sikap dan cara masyarakat KDM melihat dunia luar.

No comments:
Post a Comment