Monday 7 May 2012

Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia 1


Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia 1
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan
perlembagaan Malaysia
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan
Malaysia
Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland,
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
Kerajaan Borneo Utara,
Kerajaan Sarawak dan
Kerajaan Singapura

United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura;
Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;
Bersetuju saperti di·bawah ini:
Perkara I
Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2
Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura
mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu
hendak-lah di-namakan « Malaysia ».
Perkara II
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya
menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang
di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31
haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari
Malaysia »).
Perkara III
Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari
Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2
Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C
dan D kapada Perjanjian ini.
Perkara IV
Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa
Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan
kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan,
dan kedaulatan serta apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2 perlembagaan
yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.
Perkara V
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya
menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2
mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia 2
Undang2 Imigeresen Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan
berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang lain dalam Perjanjian ini
hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu diluluskan.
Perkara VI
Perjanjian berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom
dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya
hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan
Tanah Melayu hendak-lah disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta'alok kapada sharat behawa Kerajaan
Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan
yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan
Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak
oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan
Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah
terta'alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan dengan tanah2 tentera
di-Singapura).
Perkara VII
(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari
Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada
Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2
pegawai seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan 'awam Tanah Jajahan
Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.
(2) Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan
dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom
dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau
Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu sa-takat mana sharat2
Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.
Perkara VIII
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan
membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2,
pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa
Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2
dan shor2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara IX
Isi2 kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan hendak-lah
menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.
Perkara X
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2
menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio
dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada
di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara XI
Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya
ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah
di-gunakan.
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia 3
BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat
demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.
DI-PERBUAT di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah
daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.
Bagi pehak United Kingdom:
[HAROLD MACMILLAN] [1]
DUNCAN SANDYS
[LANSDOWNE]
Bagi pehak Persekutuan Tanah Melayu:
[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]
Bagi pehak Borneo Utara:
[DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
W. S. HOLLEY
G. S. SUNDANG
Bagi pehak Sarawak:
[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]
Bagi pehak Singapura:
[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE]
[1] Note by the UN Secretariat: The names in brackets are illegible on the certified true copy submitted for registration. The spelling of these
names has been supplied by the Government of the United Kingdom.
This work is in the public domain worldwide because it was prepared or published by or under the Freedom of Information Act (http:/ /
www. opsi. gov. uk/ acts/ acts2000/ ukpga_20000036_en_1) (FOIA), The act gives everyone a legal right to see information held by
public bodies of the United Kingdom Government
The United Kingdom Freedom of Information Act (http:/ / www. opsi. gov. uk/ acts/ acts2000/ ukpga_20000036_en_1) provides all public
sector information is now available under a free, perpetual licence without restrictions beyond attribution. This material was based on, and
designed to work with the Open Government Licence. Notwithstanding, these documents are reproducible under the terms of to work with
the Creative Commons licences the unless otherwise indicated.
Article Sources and Contributors 4
Article Sources and Contributors
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia Source: http://wikisource.org/w/index.php?oldid=328992 Contributors: Chipmunkes, Latukadir
Image Sources, Licenses and Contributors
File:Agreement relating to Malaysia (1963) Malay Texts.djvu Source: http://wikisource.org/w/index.php?title=File:Agreement_relating_to_Malaysia_(1963)_Malay_Texts.djvu License:
Public Domain Contributors: Governments of the and and and and
Image:Royal Coat of Arms of the United Kingdom (HM Government).svg Source:
http://wikisource.org/w/index.php?title=File:Royal_Coat_of_Arms_of_the_United_Kingdom_(HM_Government).svg License: Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0,2.5,2.0,1.0
Contributors: Sodacan
Image:PD-icon.svg Source: http://wikisource.org/w/index.php?title=File:PD-icon.svg License: Public Domain Contributors: Various. See log. (Original SVG was based on File:PD-icon.png by
Duesentrieb, which was based on Image:Red copyright.png by Rfl.)
License
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
//creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/

No comments:

Post a Comment